Rasai ketenangan dan keyakinan sebenar dalam menunaikan Umrah dan Haji dengan persiapan ilmu yang lengkap, fizikal, rohani dan amali.
Atau scroll ke bawah untuk baca lagi.
KPIHU (Kursus Pemantapan Ibadah Haji & Umrah) merupakan kursus latihan paling menyeluruh untuk bakal jemaah dan mutawwif yang ingin memahami ilmu umrah dan haji secara teori dan praktikal. Bukan sekadar modul biasa, tetapi pengalaman pembelajaran secara online, fleksibel, dan penuh pengisian rohani serta ilmu yang tepat daripada pakar.

Kami telah membantu ribuan jemaah memahami ibadah umrah dan haji dengan pendekatan yang mudah, tersusun dan diyakini. Modul kami disusun berdasarkan pengalaman lapangan dan keperluan sebenar jemaah.

Kursus ini fleksibel untuk semua, sama ada bakal jemaah, mutawwif baru, atau pencinta ilmu. Anda boleh pilih pakej pembelajaran mengikut masa dan tahap kefahaman anda.

Sebagai nilai tambah, kami juga menyediakan rakaman khas aktiviti rohani seperti tazkirah, sesi Q&A, dan contoh amalan ibadah sebenar untuk meningkatkan kefahaman dan penghayatan ibadah.

Pihak kami sentiasa bersedia untuk menjawab persoalan anda. Anda akan diberi akses untuk bertanya kepada panel dan team khidmat pelanggan secara mesra dan telus.

Kandungan kursus turut diselitkan dengan kisah pengajaran, sejarah dan tempat ziarah penting di Mekah dan Madinah agar pembelajaran menjadi lebih hidup dan menyentuh jiwa.

Modul turut merangkumi penerangan praktikal seperti lokasi penting dalam ibadah, tips persiapan ke masjid, serta amali sebenar yang memudahkan pemahaman bagi setiap peringkat umur.
Modul KPIHU (Sijil Asas Mutawwif) dibina khusus untuk membantu anda menguasai ilmu ibadah secara menyeluruh. Kursus ini merangkumi 7 modul pembelajaran berimpak tinggi yang disampaikan oleh 5 pakar dalam bidang fiqh, dakwah, kesihatan dan amalan lapangan.

Modul ini membuka perjalanan anda dengan bimbingan rohani dan pengukuhan niat. Memupuk keikhlasan, adab sebagai tetamu Allah, serta amalan persediaan sebelum ibadah.
📽 6 Video | Nilai: RM114.00

Panduan lengkap rukun, wajib, sunat serta kesalahan lazim semasa umrah. Disampaikan dengan gaya mudah difahami, sesuai untuk bakal jemaah dan bakal mutawwif.
📽 43 Video | Nilai: RM817.00

Penerangan lengkap berkaitan ibadah Haji, termasuk jenis-jenis haji, atur cara, masa pelaksanaan dan kesilapan lazim yang sering berlaku.
📽 7 Video | Nilai: RM133.00

Isu wanita dalam ihram, pengurusan haid, aurat dan larangan khas. Modul ini membimbing wanita memahami ibadah mereka secara yakin dan sah.
📽 14 Video | Nilai: RM266.00

Kupasan kes sebenar yang berlaku semasa menguruskan jemaah di Tanah Suci. Termasuk isu kesesatan, keletihan, fiqh dharurat dan panduan pengurusan kumpulan.
📽 8 Video | Nilai: RM152.00

Modul khas berkaitan penjagaan kesihatan fizikal, ubat asas, pemakanan dan langkah pencegahan ketika berada di Mekah & Madinah.
📽 4 Video | Nilai: RM76.00

Pengukuhan spiritual selepas pulang. Fokus pada bagaimana mengekalkan amal soleh dan menjadi insan yang lebih dekat kepada Allah selepas ibadah besar. 📽 8 Video | Nilai: RM152.00
Kami dari barisan pengajar dan panel KPIHU beriltizam untuk menyampaikan ilmu ibadah Umrah dan Haji dengan cara yang mudah, tersusun, dan penuh hikmah. Kursus ini telah membantu ribuan peserta dari pelbagai latar belakang termasuk bakal jemaah, mutawwif baru, guru agama dan individu yang ingin mendalami ilmu ibadah.
Berikut antara perkongsian sebenar daripada para peserta kami yang telah menyertai kursus KPIHU secara online.
Pelajari Ilmu Umrah & Haji Secara Online, Fleksibel & Terbukti Berkesan
Kursus ini sesuai untuk bakal jemaah Umrah dan Haji, bakal mutawwif, guru agama, pendakwah, dan sesiapa sahaja yang ingin memahami ibadah ini dengan lebih mendalam secara teori dan praktikal.
Kursus ini disusun oleh panel berpengalaman dalam bidang fiqh, dakwah dan latihan lapangan. Peserta akan menerima Sijil Tamat Kursus KPIUH setelah selesai pembelajaran dan penilaian akhir (jika perlu).
Tempoh akses adalah selama 2 tahun (1 + 1). Anda boleh belajar secara fleksibel, ulang tayang video, dan mengulangkaji bila-bila masa dalam tempoh tersebut.
Ya, kursus ini adalah 100% online dan boleh diakses melalui telefon, tablet atau komputer. Tiada keperluan untuk hadir secara fizikal.
Ya, anda akan dapat 90 rakaman video, nota pembelajaran setiap modul dan ebook eksklusif 7 Langkah ke Baitullah secara percuma.
Tidak perlu. Kursus ini direka untuk belajar secara kendiri. Anda boleh susun masa sendiri, ikut modul secara berperingkat, dan ulang bila perlu.
Anda hanya perlu klik butang Daftar Sekarang di laman web rasmi kami atau hubungi talian 010-4071700 untuk bantuan pendaftaran.
Jika perlukan bantuan atau sebarang persoalan. Boleh terus berhubung dengan pegawai khidmat pelanggan kami.
010-4071700
KPIHU Academy an academy managed by FINE Training Academy Sdn Bhd 2025. All Rights Reserved.
DISCLAIMER:
Kursus KPIHU (Sijil Asas Mutawwif) ini ditawarkan untuk tujuan pendidikan dan pendaftaran peserta yang ingin mendalami ilmu ibadah Umrah dan Haji. Semua maklumat dalam laman web, iklan dan promosi kami adalah tepat semasa penerbitan. Walau bagaimanapun, kami tidak menjamin bahawa maklumat akan kekal bebas daripada sebarang perubahan atau kesilapan, termasuk tetapi tidak terhad kepada kandungan kursus, harga pakej, tempoh akses, atau sebarang promosi. Sebarang perubahan akan dimaklumkan kepada peserta dengan kadar segera.
Segala maklumat disediakan untuk tujuan penerangan umum sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai kontrak muktamad. Sebarang pertanyaan lanjut boleh dikemukakan terus kepada pihak pengurusan KPIHU Academy.
We are not affiliated, associated, authorised, or endorsed by any external platforms such as banks, airlines, Spotify, Soundcloud, Facebook, Instagram, Google, YouTube, Apple Music, TikTok, or their subsidiaries. All names, logos, trademarks and assets mentioned are the registered properties of their respective owners.